Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) berperanan menjalankan pemeriksaan dan perundingan bagi mengatasi kelemahan- kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja sesebuah organisasi bagi menutup ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah dan meningkatkan amalan tadbir urus baik. BPMP melaksanakan tanggungjawab ini berpandukan peruntukan Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009):

Seksyen 7 (c): 
Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah ASPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah
Seksyen 7 (d): 
Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu
Seksyen 7 (e): 

Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem, dan tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah

Teras Perkhidmatan BPMP 

Bagi melaksanakan aktiviti ini, BPMP menyediakan 5 perkhidmatan teras iaitu Khidmat Nasihat melalui aktiviti pemeriksaan sistem dan prosedur kerja, Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Ikrar Integriti Korporat (CIP), Pusat Informasi Hadiah dan Pusat Sumber Amalan Baik (Best Practise) Pencegahan Rasuah.

Perkhidmatan di atas dilaksanakan oleh dua sektor utama di di bawah BPMP iaitu Sektor Awam dan Sektor Swasta. CPP (Cawangan Penyelarasan dan Perancangan) BPMP memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan pentadbiran, kewangan dan penyelarasan bagi menyokong pelaksanaan 5 perkhidmatan teras di atas.

Bidang Tumpuan Sektor Awam 

Sektor Awam BPMP melaksanakan pemeriksaan dan khidmat nasihat ke atas Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk memastikan amalan sistem dan tatacara kerja yang diperiksa ditambahbaik supaya dapat menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bidang yang menjadi fokus utama Sektor Awam adalah Penguatkuasaan, Perolehan, Perlesenan, Pengurusan Tanah dan Pembinaan.

Bidang Tumpuan Sektor Swasta 

Sektor Swasta BPMP menjalankan aktiviti keterlibatan dengan syarikat-syarikat korporat milik kerajaan dan swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan mempromosikan usaha-usaha pencegahan rasuah melalui program Corporate Integrity Pledge (CIP) dan pelaksanaan ABMS ISO 37001.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil. Nama No Telefon Emel(@sprm.gov.my)
1. Pengarah 03-8870 0035 h1
2. PKPj Azian binti Umar 03-8891 1332 azian