Galeri Maklum Balas e-Penyertaan

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Showing 1-4 of 6 items.
#TARIKHEMELPERKARA [ Maklum Balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan]MAKLUM BALAS AGENSI
125-02-2020hafizirosman@gmail.comBoleh saya tahu jawatan kekosongan (kontrak) SPRM sekiranya terdapat sebarang berita?

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas minat tuan/puan untuk berkhidmat dengan Suruhanjaya ini.Untuk makluman tuan/puan, SPRM dari semasa ke semasa akan melaksanakan urusan pengambilan bagi pelantikan secara kontrak perkhidmatan berdasarkan keperluan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Beberapa kriteria tersebut ialah individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut: (i) Mempunyai ketrampilan yang baik; (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai bakat kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesional yang sesuai dengan jawatan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.

223-12-2019harithihsan79@gmail.comDi sini saya ingin bertanya sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi perkhidmatan latihan praktikal kepada mahasiswa

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk menjalani latihan praktikal di Suruhanjaya ini.

Untuk makluman tuan/puan, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengambil jurusan yang bersesuaian dengan fungsi dan kriteria Suruhanjaya ini.

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh mengemukakan resume, transkrip akademik dan surat permohonan dari institut pengajian tinggi ke pengambilan@sprm.gov.my untuk pertimbangan pihak kami.

308-05-2019fytan@tourism.gov.mySaya cuba akses portal MACA untuk pendaftaran kursus anjuran Sekolah Penyiasatan dan Forensik tetapi tidak menjumpai Borang Permohonan Kursus di portal. Can you guide me? Terima kasih.

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas minat tuan/puan terhadap kursus di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Untuk makluman tuan/puan, kursus anjuran Sekolah Penyiasatan dan Forensik, MACA tidak dibuka kepada pihak luar dan tertakluk kepada pegawai SPRM sahaja.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat agensi kerajaan atau swasta yang berminat untuk mengadakan kursus siasatan dengan pihak MACA agensi terbabit boleh membuat permohonan kepada Pengarah MACA.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi Ketua Sekolah Penyiasatan dan Forensik (MACA), Puan Umi Kalusom Ahmad di talian 03-62092934 / 016-3298627 atau PPs Nor Muhammad Shafiq Abdul Aziz di talian 03-62092933 / 017 - 9118296.

404-05-2019teoh.esther@gmailMerujuk kepada perkara di atas, saya ingin melapor kepada pihak SPRM bahawa saya telah menerima 2 panggilan telefon bernombor +601118844086 dan +601161444093 pada 17/4/19 1330pm tadi. Suaranya seorang lelaki yang mengatakan dia seorang pegawai dari SPRM kemudian telah tutup telefon segera (mungkin takut suara dirakam). Saya tidak memberi apa-apa maklumat peribadi saya dan tidak mengalami kerugian. Saya dapati ada orang cuba menyamar pegawai SPRM untuk buat penipuan ke atas orang awam, jadi tujuan saya disini ingin meminta pihak SPRM agar menyiasat kedua-dua nombor telefon itu agar tiada orang akan menjadi mangsa seterusnya. Sekian terima kasih.

Untuk makluman tuan/puan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih di atas laporan yang dikemukakan kepada pihak kami.

Pihak SPRM telah menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai berkaitan isu panggilan telefon yang meragukan.

Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media bertajuk WASPADA PANGGILAN PALSU pada 4 Jun 2018 bagi memperjelaskan persoalan tersebut.

Oleh itu, tuan/puan boleh merujuk kepada kenyataan media tersebut untuk tindakan lanjut.