Bahagian Pengurusan Integriti Agensi

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) ditubuhkan untuk mengawal selia, memantau dan menyelaras fungsi teras Unit Integriti (UI) di agensi awam dan Unit Integriti & Governans (IGU) di Syarikat Berkepentingan Kerajaan sepertimana yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 1 No. 1 Tahun 2018.

Peranan BPIA kepada UI:

  1. menyelaras pelaksanaan fungsi UI di semua agensi awam;
  2. menguruskan penempatan pegawai SPRM sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) / Pegawai Integriti (PI) di agensi awam yang telah dikenal pasti;
  3. memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam hal-hal berkaitan pengurusan integriti kepada UI;
  4. melaksanakan penarafan risiko rasuah agensi awam;
  5. menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti;
  6. menyemak laporan UI yang dikemukakan oleh KUI setiap agensi awam; dan
  7. melapor kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Setiausaha Negara berkaitan masalah-masalah yang timbul dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti UI.

Peranan BPIA kepada IGU:

  1. mengawal selia, memantau dan menyelaras pelaksanaan pengurusan fungsi IGU;
  2. memberi khidmat nasihat dalam pelaksanaan fungsi IGU;
  3. melaksanakan penarafan risiko organisasi bagi menetapkan struktur IGU yang bersesuaian; dan
  4. mengumpul bahan-bahan pencegahan rasuah dan pengurusan integriti di peringkat dalam dan antarabangsa untuk rujukan IGU.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PkPs Mohd Shaufi Bin Shaharuddin 03-8891 1646 shaufi

Untuk melihat maklumat lanjut, sila klik disini