Bahagian Keselamatan

Bahagian Keselamatan merupakan satu bahagian yang menyokong fungsi utama SPRM (core support) dalam aspek keselamatan perlindungan, fizikal, dokumen, personel dan ICT bagi memastikan SPRM dalam keadaan yang selamat daripada sebarang bentuk ancaman.

Visi

Bahagian Keselamatan sebagai benteng perlindungan kepada ancaman keselamatan dan memenuhi keperluan perkhidmatan sokongan operasi SPRM berlandaskan prinsip amanah, tegas dan adil.

Misi

Melaksanakan keperluan keselamatan SPRM berteraskan perkhidmatan yang berkualiti dan efektif secara bersepadu dan berterusan serta memastikan aset yang menjadi tanggungjawab kerajaan di SPRM diberi perlindungan keselamatan daripada sebarang ancaman atau dikompromi.

Cawangan Pentadbiran

Secara umumnya Cawangan Pentadbiran bertanggungjawab menguruskan semua hal ehwal pengurusan sumber manusia, kewangan, aset, lojistik, pentadbiran am dan rekod bahagian.

Cawangan Urus Setia dan Pengurusan Rekod
  1. Merancang dan menyelaras dasar keselamatan dan perlindungan jabatan
  2. Mengurus pelaksanaan aktiviti bahagian
  3. Merancang dan mengurus aspek latihan dan pembangunan sumber manusia dan organisasi
  4. Menyelaras prestasi Outcome Based Budget (OBB) bahagian
  5. Bertindak sebagai jawatankuasa keselamatan SPRM
  6. Mengurus pendaftaran dan penyimpanan dokumen terperingkat
Cawangan Keselamatan Fizikal, Peribadi, Dokumen dan Teknologi

Mengurus keselamatan fizikal premis SPRM, mengurus keselamatan dokumen terperingkat, mengurus keselamatan peribadi pegawai dan staf SPRM serta mengurus keselamatan teknologi dan maklumat. Berikut adalah fungsi-fungsi unit:

  1. Unit Keselamatan Fizikal
    1. Pengurusan Pas Keselamatan
    2. Pengurusan Kad Kuasa
    3. Pengurusan Lawatan Keselamatan
    4. Pengurusan Kawalan Kunci Keselamatan
    5. Pengurusan Kawalan Kunci Tatakira
    6. Penyimpanan Kunci Pendua
    7. Pengambilan Anak-anak Kunci
  2. Unit Keselamatan Dokumen
    1. Permohonan Pegawai Pengelas
    2. Kawalan Dokumen Terperingkat
  3. Unit Keselamatan Personel
    1. Pengurusan Perakuan Rahsia Rasmi
    2. Pengurusan Profil Keselamatan
Cawangan Naziran
  1. Mengurus keselamatan fizikal premis SPRM
  2. Mengurus keselamatan gudang dan barang kes SPRM
  3. Melaksanakan naziran keselamatan perlindungan ke atas semua bahagian di Ibu Pejabat SPRM dan SPRM Negeri.
  4. Memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat daripada risiko yang berpunca daripada aktiviti kerja mahupun persekitarannya
Cawangan Pengiringan Dan Perlindungan Saksi

Mengurus tugasan pengiringan keselamatan dan memberi perlindungan keselamatan peribadi serta memberi bantuan perlindungan keselamatan ke atas operasi SPRM. Diantara tugas cawangan ini ialah:

  1. Pengiringan Peribadi (VIP)
  2. Pengiringan Aset, Barang Kes dan Senjata Api
  3. Pengiringan OKT
  4. Pengurusan Keselamatan Pergerakan Saksi
  5. Pengurusan Rondaan Kediaman Saksi
Cawangan Lokap
  1. Mengurus keselamtan lokap SPRM
  2. Mengurus keselamatan orang tahanan  SPRM
  3. Melaksanakan naziran ke atas semua lokap SPRM diseluruh negara
Cawangan Persenjataan

Mengurus bekalan dan penyelenggaraan senjata api dan amunisi jabatan serta mengurus kawalan keselamatan barang kes. Cawangan ini dibahagikan kepada dua (2) unit iaitu:

  1. Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Senjata Api
    1. Mengurus keselamatan persenjataan SPRM
    2. Melaksanakan naziran dan pemeriksaan fizikal senjata api SPRM
  2. Unit Latihan dan Ujian Menembak
    1. Bertanggungjawab untuk melaksanakan ujian dan latihan menembak di semua pejabat SPRM negeri, cawangan dan bahagian

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pengarah  03-8870 0039 k1
 2. PPj Azizi bin Abdul Latif 03-8891 1531 azizi.latif