Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) kepada peserta-peserta luar negara?
MACA menawarkan kursus-kursus berikut kepada peserta-peserta luar negara:-
- Intelligence Based Investigation Workshop (IBI)
- Corruption Prevention And Risk Management Public Sector Organisations
- Executive Certificate Course For Strategic Management Of Anti-Corruption Programme
- Senior Executive Certificate Course For Strategic Management Of Anti-Corruption
- Asset Recovery Workshop
Bagaimanakah peserta-peserta luar negara boleh memohon untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh MACA?
Peserta-peserta dari luar negara boleh memohon untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh MACA dengan menggunakan Borang Permohonan Kursus Antarabangsa yang boleh didapati dari laman portal MACA.
Bagaimanakah peserta-peserta luar negara boleh mendapat maklumat tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA?
Peserta-peserta luar negara boleh mendapatkan maklumat berhubung kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA dari Kalendar Program Latihan MACA, di bawah tajuk Inisiatif Pencegahan Rasuah Antarabangsa atau pada pautan "Kursus Antarabangsa" di laman portal MACA.
Dalam Bahasa apakah kursus-kursus antarabangsa diadakan?
Semua kursus antarabangsa diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Bagaimanakah peserta-peserta tempatan boleh mendapat maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA?
Peserta-peserta tempatan boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA melalui kalendar Program Latihan MACA atau pautan 'Kursus Tempatan' di laman portal MACA.
Bagaimanakah peserta-peserta tempatan boleh memohon untuk kursus antarabangsa yang dianjurkan oleh MACA?
Peserta-peserta tempatan boleh memohon dengan mengisi Borang Permohonan Kursus Antarabangsa yang boleh didapati di laman portal MACA.