Data Terbuka

Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.

Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Garis Panduan Data Terbuka:

SPRM telah mengenalpasti 13 set data untuk dikongsi seperti di bawah:

  1. Tahap Keyakinan Masyarakat Terhadap SPRM
  2. Inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dalam Pembudayaan Nilai Benci Rasuah
  3. Senarai Ahli Parlimen Kerajaan Yang Membuat Perisytiharan Harta
  4. Senarai Anggota Pentadbiran Kerajaan Yang Membuat Perisytiharan Harta
  5. Statistik Tapisan Keutuhan berdasarkan Jenis Tapisan
  6. Statistik Tangkapan Pesalah Rasuah
  7. Statistik Perbandingan Tangkapan Rasuah Mengikut Jenis Kesalahan
  8. Statistik Penyitaan dan Lucuthak
  9. Statistik Penandatangan Ikrar Integriti Korporat
  10. Statistik Penandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
  11. Statistik Data Pesalah Rasuah Berdasarkan Warganegara dan Jantina
  12. Senarai Pembentangan Kertas Kerja di Arena Antarabangsa
  13. Senarai Agensi Penandangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Capaian dataset SPRM boleh dibuat melalui pautan http://data.gov.my