Khidmat Nasihat

Pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara

  • BPMP menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara badan awam dan swasta bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Pemeriksaan ini dijalankan melalui kaedah temubual, kajian dokumen, lawatan tapak dan benchmarking.
  • Sesi khidmat nasihat akan diadakan bersama ketua badan awam/ swasta terlibat untuk membentangkan hasil pemeriksaan dan mengemukakan syor penambahbaikan bagi mengurangkan risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan.
  • Pemantauan secara berkala akan dijalankan oleh Pegawai Perunding yang dilantik untuk melihat status pelaksanaan cadangan penambahbaikan oleh badan awam/swasta terlibat.
  • Proses pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara oleh BPMP: 

 Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. KPKPj Fadzillah binti Shamsuddin 03-8891 1334 fadzillah
 2. KPKPj Zuridah binti Mamat 03-8891 1329 zuridahmamat

Untuk lihat senarai aktiviti, sila klik disini

 
Perkhidmatan Pemeriksaan & Perundingan