Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.

Selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di bawah inisiatif 2.1.5, yang mewajibkan sektor awam dan inisiatif 6.2.1 yang mewajibkan Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP.

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merangka modul bagi membantu organisasi membangunkan OACP di setiap agensi dan jabatan masing-masing. Bengkel Pembangunan OACP diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang keperluan menyedia, membangun dan melaksanakan OACP.

Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

No  Officer Name Telephone No. Email (@sprm.gov.my)
 1. PKPj Wan Mohamad bin Wan Drahman 03-8891 1330 wmohd
 2. PPj Sarimah binti Sulaiman 03-8891 1337 sarimahsulaiman

Untuk lihat senarai aktiviti, sila klik disini

Risalah berkaitan Pelan Antirasuah Organisasi, sila klik disini

 
Perkhidmatan Pemeriksaan & Perundingan