Kami berjanji merancang dan melaksanakan program latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:
      -  Menyampaikan maklumat program latihan kepada pelanggan sekurang-kurangnya dua (2) minggu untuk program domestik dan tiga (3) bulan bagi program antarabangsa sebelum kursus bermula;
     -  Melaksanakan sekurang-kurangnya 90% daripada program latihan yang dirancang setiap tahun;
     -  Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) kajian setahun;
     -  Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan setahun ;
     -  Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) konsultasi berbentuk latihan setahun;
     -  Memastikan kemudahan dan peralatan disediakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum program bermula;
     -  Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) konsultasi berbentuk latihan setahun;
     -  Menyediakan laporan penilaian program latihan selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas tamat program;
     -  Memastikan perkhidmatan penginapan disediakan satu (1) hari sebelum program dilaksanakan;
     - Memastikan perkhidmatan sajian disediakan lima belas (15) minit sebelum jadual sajian;
     -  Memastikan penyampaian penceramah program latihan mendapat penilaian tidak kurang daripada lapan puluh (80) peratus.