
Logo ini direka semula oleh Shahrim bin Mohamad, Unit Teknologi Maklumat, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Elemen asas yang digunakan dalam rekabentuk adalah garisan, rupa, bentuk dan warna. Motif-motif yang berbeza yang dihasilkan dari penggunaan elemen-elemen tersebut telah disusun secara kreatif yang menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetik disamping berfungsi untuk menggambarkan imej korporat MACA.
Reka bentuk logo MACA ini telah direka berdasarkan kepada misi, visi dan program utama MACA.
Bujur | Bentuk elipse yang digunakan menggambarkan MACA sebagai pusat pembelajaran, rujukan, dan kajian pembanterasan rasuah yang professional dan unggul di peringkat antarabangsa(global). |
Segi Empat Tempat | Bentuk empat segi seperti digital pada logo ini pula bermaksud MACA adalah sebagai peneraju dalam menjalankan latihan dan penyelidikan program pencegahan rasuah serta tidak ketinggalan dalam teknologi masa kini. Bentuk empat segi atau diamond pada logo ini mencerminkan fungsi MACA sebagai pusat akademik yang merancang dan mengendalikan program latihan,kolokium, seminar, forum dan bengkel tempatan, serantau dan antarabangsa. Selain itu ia juga mengambarkan MACA dalam menyampaikan latihan dan penyelidikan dengan amanah, jujur ikhlas, bekerjasama , tegas dan berorientasikan pelanggan. |
Warna yang digunakan ialah gabungan warna-warna Malaysia.